Nantikan drama ‘Hanya Untuk Dia’ adaptasi daripada novel karya Sophilea bakal ditayangkan pada 21 Ogos 2026, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di slot Akasia TV3 dan juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton. Drama bersiri 28 episod, terbitan Pencil Pictures & Records dibawah arahan Bahri Umar. Menampilkan berisan pelakon Amylia Aidura, Aniq Suhair, Muaz Zabir, Shaza Bae dan ramai lagi.
Hanya Untuk Dia
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2026
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Bahri Umar
Produksi: Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
Watak Pelakon
Amylia Aidura sebagai Ain Nuraina
Aniq Suhair sebagai Dr. Zhafran Haikal
Wanni Ali sebagai Hana
Muaz Zabir sebagai Hisham
Talha Harith sebagai Ikram
Shaza Bae sebagai Dr. Dania
Liza Abdullah sebagai Hafisah
Ieda Moin sebagai Mariam
Kazaruddin Saisi sebagai Ayah Chik
Dato Haris Embong sebagai Ayah Uda
Maymay sebagai Dr Alice
Amirul Faqim sebagai Dr Mika
Sabella Suhaimi sebagai Zurin
Sufian Ali sebagai Zaidi
Zarith Zalikha sebagai Irma
Azwana sebagai Asmidar
Natasha Elyzza sebagai Nina
Alif Ali sebagai Danial
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Adanya Kau Disini
Artis: Naqiu / (Nadia Aqeela – versi cover)
Komposer & Penulis Lirik: Ewal, Adly Kiddy, Hanis Rafi
Sinopsis Hanya Untuk Dia
Mengisahkan Ain (Amylia Aidura), seorang gadis tabah yang kehilangan kedua ibu bapanya, memikul tanggungjawab besar menjaga abangnya, Ikram (Talha Harith), yang lumpuh dan bergantung kepada rawatan dialisis. Dalam usia yang masih muda, Ain terpaksa membahagikan hidupnya antara pelajaran, kerja dan keluarga.
Kehidupan Ain berubah selepas dia bertemu dengan Dr. Zhafran Haikal (Aniq Suhair), seorang pensyarah universiti yang tegas, dingin dan sukar didekati. Pertemuan pertama mereka bermula dengan perselisihan apabila Ain datang lewat ke kelas Zhafran. Sejak itu, Ain sering berdepan teguran dan hukuman daripada pensyarah tersebut sehingga menganggap Zhafran sebagai lelaki angkuh yang gemar menggunakan kuasanya untuk menekan pelajar.
